Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terlebih dahulu, terima kasih kerana memilih untuk follow blog saya di www.juannasir.com.  Niat saya tidak lain hanya untuk berkongsi akan kelebihan dan manfaat emas sebagai simpanan dan pelaburan. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.

“Siapa saya” itu penting, saya bukanlah seorang graduan dalam bidang ekonomi, finance mahupun bisnes. Siapa saya menentukan apa yang saya pelajari, amalkan dan berkongsi kepada semua pembaca adalah betul dan di verirified oleh mereka yang pakar.

Dengan Siapa Saya Berguru

Dalam ilmu pelaburan emas, Mentor atau Tok Guru saya adalah Encik Syukor Hashim .

Beliau merupakan Pakar dan Mentor terulung dalam bidang pelaburan emas di Malaysia. Malah beliau menjadi ikon emas sebelum kewujudan syarikat Public Gold Marketing Sdn Bhd lagi.

Siapa yang nak cepat dapat ilmu dari beliau, boleh baca buku tulisan beliau, Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

Juga boleh membaca dan follow blog tulisan beliau www.jutawanemas.com.

Selain itu, saya juga berguru dengan mentor Encik Mohd Zulkifli Shafie.

Beliau merupakan seorang Chartered Accountant, seorang mentor kewangan, pakar motivasi dalam kewangan peribadi dan penulis buku #ZeroHutang .

Beliau berjaya mendidik ramai orang menjadi #celikkewangan dan #celikemas. Saya dulu mula “sedar diri”  dan banyak belajar tentang kewangan peribadi dari bacaan blog dan buku beliau. Blog beliau bukan sahaja berkisarkan kewangan malah juga motivasi hidup, kerohanian dan kekeluargaan.

Siapa yang nak cepat dapat ilmu dari beliau, boleh mula membaca buku tulisan beliau, Zero Hutang (gambar) dan follow blog beliau di pautan  www.mohdzulkifli.com.

Saya teringat satu pesanan mentor saya,

“buatlah apa saja yang kamu minat, tapi sebelum buat carilah ILMU & GURU”

Bergurulah dan carilah guru, supaya kita tak terbabas dan tersilap langkah.

Siapa saya berguru itu penting, supaya saya tahu apa yang saya buat dan kongsi itu betul. =)

Mohd Najwan Mohd Nasir
PG00055130 | Authorized PG Dealer
0139012764

Shares