Sebenarnya ramai orang tahu tentang kelebihan menyimpan emas. Dan ramai juga yang dah mula menyimpan emas. Bagi orang yang nak mula simpan emas, STIGMA atau mindset yang biasanya wujud ialah…

“memang bagus beli emas, tapi bila nak jual balik memang susah!”

 

Ramai penyimpan emas yang dah jadi mangsa penipuan dan melabur tanpa ada mentor dan ilmu. Ada sesetengah orang membeli barang kemas untuk melabur, tapi bila jual balik terpaksa tanggung kerugian sebab SUSUT NILAI yang tinggi.

 

Barang kemas perhiasan seperti cincin dan rantai TIDAK SESUAI untuk pelaburan. Kos tambahan yang terpaksa ditanggung pembeli adalah kos upah, kos design atau jenama, kos pengangkutan dan kos GST. Semua kos ini bila jual balik emas tak dikira balik atau dengan kata lain HANGUS. Susut nilai barang kemas tinggi lebih kurang 25-30%, sebab itu tak sesuai dijadikan simpanan dan pelaburan.

 

Antara soalan-soalan biasa yang ditanya kepada kami, terutama bagi mereka yang baru ingin bermula, Emas jenama apa yang terbaik untuk dijadikan simpanan dan pelaburan?

Setiap kali kita nak memilih untuk membeli produk emas, pastikan tanya soalan-soalan berikut :

Self check Sebelum Beli…

  1. Berapa harga per gram?
  2. Berapa susut nilai bila nak jual balik?
  3. Mudah tak nak dapat stok?
  4. Ada banyak tempat tak untuk urusan jual dan beli?
  5. Kalau nak jual balik, mudah tak? Dan macam mana caranya?

 

Alhamdulillah, sejak mula kenal dan celik emas, saya mengenali peniaga-peniaga yang jujur. Mereka telah perkenalkan dan tunjuk ajar saya untuk mengenali dan memahami tips ini sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Lima Kriteria Emas Terbaik :

  1. Harga per gram adalah murah.
  2. Susut nilai produk tersebut rendah.
  3. Stok yang tiada had, mudah didapati.
  4. Cawangan untuk urusan jual beli banyak.
  5. Ada jaminan beli balik emas tanpa had.

 

 

Antara yang menjadi keutamaan selain harga yang berpatutan, adalah MESTI ADA JAMINAN JUAL BALIK TANPA HAD. Pelabur dan penyimpan emas yang baik akan memilih syarikat yang menjamin proses jual beli emas yang mudah, tanpa kos terselindung, cawangan yang banyak atau dengan kata lain TRANSPARENT.

 

Public Gold Marketing Sdn Bhd yang bertapak sejak 2008 di Malaysia menjadi peneraju utama syarikat emas fizikal tempatan yang terbaik. Akan datang, saya akan kongsikan apa kelebihan memilih Public Gold insyallah.

 

Dan yang penting dan pasti, mesti memilih syarikat yang :

Tiada yuran keahlian – beli 1 gram dapat 1 gram
Kalis GST – Investment Precious Metal
Kualiti antarabangsa – LBMA certified
“Hanya Jauhari mengenal manikam”

Hati-hati dengan emas, jangan terperdaya!

Mohd Najwan Mohd Nasir
PG00055130 | Authorized PG Dealer
Pulau Pinang

#publicgold #pgdealer #pgjuannasir #kalisGST#LBMA #gold #goldbar

Shares