Saya tak pasti dengan orang lain, tapi setiap kali saya ada duit atau terima duit, perkara pertama saya akan fikir adalah
“NAK BELI APA?”. Malah kadang-kadang, duit tu belum lagi diterima, dah rancang nak beli apa?!

Betul tak?

Dalam banyak buku tulisan mentor-mentor kewangan, penyakit utama semua orang yang berduit adalah KEBOCORAN WANG dan BOROS. Bila setiap kali hujung bulan, yang tinggal hanya kenangan, paling tak duit syiling. Tak tahu ke mana pergi duit gaji yang diterima.

Itu adalah perkara biasa sebab kita dah dibiasakan dengan fungsi duit adalah untuk dibelanjakan sejak kecil. Otak seolah-olah sudah di programkan setiap kali terima duit, satu-satunya fungsi duit hanya untuk dibelanjakan.

Dari pengalaman saya sendiri, setiap kali saya dapat gaji atau duit, otak terus berfikir untuk berbelanja dulu. Untuk buat simpanan apatah lagi pelaburan, pada kebanyakan masa tak ada dalam fikiran. Sebab itu, penyakit bocor dan boros adalah jadi penyakit kepada semua orang yang ada duit.

“Simpan Dahulu Baru Berbelanja”

Antara nasihat mentor-mentor kewangan ialah, setiap kali terima duit, “SIMPAN DAHULU, KEMUDIAN BARU BELANJA”. Bukan yang kita selalu amalkan, belanja dulu, baki baru disimpan.

Tapi, duit yang disimpan atau dikumpulkan akan selalu tarik emosi dan nafsu. Bila dah kumpul RM200 setiap bulan, bulan ke sepuluh dah ada RM2000, masa tu emosi akan terganggu melihat angka. Mulalah terfikir nak beli macam-macam termasuk barang bukan keperluan.

Akhirnya, duit simpanan pun BOCOR!

Emas Ubat Mujarab Penyakit Wang

Sejak saya kenal dan mula #CelikEmas, antara manfaat utama yang saya dapati adalah, emas adalah ubat mujarab bagi mengelakkan KEBOCORAN WANG.

Apa untungnya simpan emas?

Soalan paling biasa bila orang cerita pasal emas yang dikongsikan oleh Mentor kami En Syukor Hashim,
keuntungan pertama dan utama simpan emas adalah …

1. Duit tidak BOCOR

Duit yang ditukar kepada aset seperti emas akan terselamat dari dibelanjakan dan dihabiskan. Bila berjaya simpan wang sebenar iaitu emas, kita berjaya menyimpan dalam bentuk terbaik yang lebih sukar dibelanjakan. Emosi dan nafsu berbelanja pun tidak terganggu dengan jumlah simpanan emas yang ada dalam bentuk GRAM.  💸

2. Kekayaan “melekat”

Simpan emas? kita akan simpan elok-elok dan mula rasa suka dan sayang (fitrah manusia disebut dalam Al Quran). Akhirnya jumlah gram bertambah dan kekayaan itu melekat! Sebaliknya, simpan wang tak pernah berjaya capai matlamat kan? Sebab belum cecah jumlah tertentu mesti nafsu nak berbelanja. Akhirnya wang simpanan itu habis dikorek!

Jadi, jelaslah emas adalah ubat paling mujarab bagi penyakit BOCOR & BOROS. Saya sendiri secara peribadi telah gunakan emas ini sebagai “ubat” dan saya dah nikmati hasilnya, Alhamdulillah. Setiap bulan pasti sebahagian dari pendapatan, saya “kunci” dalam bentuk emas sebagai FORGOTTEN SAVING

Sudah pasti banyak lagi manfaat emas selain emas sebagai ubat mujarab dan forgotten savings, Insyallah saya akan kongsikan dalam post yang akan datang. Semoga bermanfaat.

Mohd Najwan Mohd Nasir
PG 00055130 | Authorized PG Dealer
0139012764

Shares