Hadiah Ibu & Rezeki

20 April 2015, saya gunakan enjin carian google untuk mencari hadiah terbaik buat ibu saya sempena hari jadinya yang ke- 58.

Saban tahun, hand bag, baju, jubah dan pakaian jadi hadiah sebagai tanda kasih sayang buat beliau.

Alhamdulillah, rezeki Allah menemukan saya dengan gambar wafer emas 1.0 gram yang tertera “Happy Birthday” keluaran syarikat Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Saya segera call cawangan terdekat Sungai Petani untuk dapatkan stok segera memandangkan saya akan balik kampung pada 24 hb April 2015 untuk celebrate birthday emak esoknya.

Waktu itu, staf PG Miss Emily beritahu saya ada seorang Authorized Priority Dealer yang tinggal satu kawasan dengan rumah saya, Ustazah Nor Azah Ahmad.

—————————————————————————————————————–

TESTIMONI & PENGALAMAN PERTAMA

bagaimana-saya-bermula

Dalam masa 24 jam sahaja, emas 1.0 gram berjaya saya dapatkan, hasil COD oleh Ustazah Nor Azah. Saya dapati beberapa perkara :

  1. Stok mudah didapati.
  2. Banyak dealer yang dilantik di Seluruh negara, Cuma kita tahu atau tidak.
  3. Cawangan Public Gold banyak, di Pulau Pinang sahaja tempat saya menetap, terdapat 3 cawangan.
  4. Staf dan dealer yang dilantik sangat membantu dan mesra pelanggan
  5. Tiada sebarang yuran dikenakan, saya beli 1.0 gram saya dapat 1.0 gram, TIADA YURAN HANGUS.

——————————————————————————————————————————–

REZEKI ALLAH MELALUI MAK

Alhamdulillah, dengan asbab hadiah hari jadi mak, saya dapat rezeki yang lebih besar dari itu. Saya dapat ILMU EMAS & PELABURAN EMAS sehingga hari ini sehingga jadi seorang Authorized Dealer di Public Gold.

Emas 1.0 gm itu sangat kecil nilainya berbanding kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Tapi itulah hadiah yang terbaik pernah saya berikan pada ibu. Tidak luput, tidak hancur, tidak karat, tidak terhakis, bernilai sepanjang zaman, memegang nilai malah semakin meningkat saban tahun.

Terima kasih ma, terima kasih ALLAH.

Shares